Pontianak…
dirumahku…
Cerita ini
terjadi sekitar tahun 2010.. I baru beli rumah secondhand di kuala
lumpur.. Rumah tersebut terletak di Bukit OUG KL… sebuah townhouse.. agak murah
dijual oleh agen daripada market price… I mula berpindah ke rumah tersebut 3
hari selepas tandatangan agreement pembelian.. waktu tu.. rumah tersebut
kosong.. dan mengambil masa yang agak lama untuk membeli perabot dan
barang-barang elektrik..selepas beberapa bulan.. rumah I dah lengkap dengan
perabout.. rumah townhouse ada 3 bilik dan 2 bilik air.. agak besar bagi
seorang perempuan muda…
Semasa ‘house
warming ‘Kawan-kawan datang melihat rumah saya.. ramai yang datang dengan
hadiah.. seorang kawang telah menghadiah kan saya sepohon pokok renek… agak cantik
jika di simpan di belakang halaman rumah… namum.. sejak pokok tersebut ada di
rumah… banyak kejadian aneh terjadi.. namun saya tidak rasainya seperti dirasai
oleh arwah adik lelaki saya…
Pokok macam ni lah yang saya dapat..... rupa-rupanya.. pokok ini ada penghuni nya juga...
Dia pernah
beritahu saya bahawa.. semasa dia bersendirian di rumah… terdapat seorang
wanita sedang duduk di sofa sambil merenung TV yang tidak terpasang pun…
kejadian tersebut terjadi semasa selepas waktu magrib… wanita tersebut memakai
baju putih dan berambut panjang… namun tidak kelihatan wajahnya.. pernah sekali
juga dia mengajak kawannya datang ke rumah untuk menemani beliau di rumah
semasa saya ‘outstation’…. Kawannya memaklumkan bahawa semasa beliau pergi tandas..
ada seorang wanita bersama dengan dia di dalam tandas.. dan kejadian tersebut
amat menakutkan… hmmm sampai dia tidak
dapat berkata apa-apa dan bergegas untuk keluar dari rumah dengan kadar
segera..
Hmmmm namum ianya
masih tidak mengganggu kehidupan harian saya. Sbb saya tidak pernah melihat
kelibat tersebut.. sehinggalah suatu ketika.. mybf ( sekarang suami dah) dan
arwah suami mendengar sendiri rintihan tangisan wanita tersebut di rumah saya
sendiri…(waktu tu saya tengah tidur macam badak di bilik atas) …time tu
kira-kira jam 11.40pm…. mereka bergegas keluar rumah meninggalkan saya di rumah
bersendirian.. cisss.. apa punya jantan.. penakut!.. namun saya tidak sedar
sehinggalah mereka masuk ke rumah semula dan memaklumkan kepada saya.. well ..
masa I dah terjaga.. bunyi2 tersebut sudah tiada..
Keesokkan pagi..
saya terus mengambil segengam garam dan meletakkannya di akar pokok tersebut …
selang sejam.. saya terus membawa pokok tersebut dibuang di dalam hutan yang
berdekatan… sejak kejadian tersebut… tiada lagi kejadian aneh di rumah…. Bagi saya..
tindakan menghantar pokok tersebut di kawasan baru… adalah tindakan yang bijak…
But now, saya
telah berpindah.. harap-harap penyewa rumah tersebut tidak mengalami kejadian
yang aneh di sana…
No comments:
Post a Comment