Daerah Sipitang di negeri
Sabah merupakan daerah yang terletak berhampiran dengan daerah Beaufort di
sebelah Timur dan negeri Sarawak di sebelah Barat. Daerah Sipitang juga adalah
pintu masuk dan keluar bagi jalan darat diantara Sabah, Sarawak dan Negara
Brunei. Kaum-kaum yang terkenal di daerah ini adalah kaum Kedayan dan kaum
Lundayeh.
Penulis telah diajak oleh seorang
rakan sekerja untuk menemankan dia untuk bertemu dengan seorang dukun di sebuah
kampung setelah habis bekerja pada hari itu berkenaan dengan kacang yang dijumpai
dia. Dia memberitahu penulis bahawa kacang yang dijumpai itu adalah pelik
kerana ia amat keras seperti batu. Kebetulan pada hari itu penulis mempuyai
masa yang terluang dan bersetuju untuk menemani dia.
Kira-kira lebih kurang 7
malam, kami pun sampai ke rumah dukun di kampung itu. Rakan sekerja penulis pun
memberi salam kepada orang rumah itu dan dibalas. Kami pun diajak oleh orang
rumah itu untuk masuk dan duduk di atas sofa memandangkan dukun itu sedang
mengubati (mengurut) seseorang di ruang tamu rumah itu. Keluarga dukun itu
memberikan perasaan yang biasa kepada keadaan itu dimana penulis berpendapat
perkara-perkara tetamu datang ke rumah mereka adalah perkara biasa atau sudah terbiasa.
Setelah dukun itu selesai
berubat, tibalah giliran kami. Dukun itu mengajak kami untuk menjamu hidangan
kuih dan kopi yang dihidangkan dan bercerita (maklumlah seperti orang baru
berkenal). Dukun itu pun bertanya apakah hajat datang ke rumah? Rakan sekerja
penulis pun memberitahu bahawa dia telah menjumpai kacang yang pelik dan dukun
tersebut meminta untuk melihat kacang tersebut. Rakan sekerja penulis pun
mengeluarkan kacang itu daripada poket dan memberikan kepada dukun itu lantas
digengam.
Lebih kurang 20 saat kacang
itu digengam, dukun itu pun memberitahu bahawa terdapat ‘sesuatu’ pada kacang
itu (faham-fahamlah). Dukun itu pun memberitahu kami nama ‘sesuatu’ itu tetapi
penulis tidak mengingati nama ‘sesuatu’ itu.
Dukun itu memberitahu kepada
rakan sekerja penulis bahawa rakan sekerja penulis boleh menjadi tuan kepada
kacang itu. Dukun itu pun memberitahu kacang itu adalah ‘baik’ dan akan
berfungsi sepertimana yang dipersetujui oleh kacang itu di atas permohonan oleh
tuan kacang. Dukun itu menerangkan kepada rakan sekerja penulis bahawa kacang
itu hanya berfungsi satu fungsi sahaja (memberikan kebaikan kepada tuan) dan
tuan tersebut bolehlah memilih sehingga tiga jenis permohonan untuk dipersetujui
oleh kacang itu (salah satu dari tiga permohonan).
Rakan sekerja penulis pun
membuat permohonan seperti berikut: 1) membawa kekayaan, 2) untuk perniagaan
dan 3) untuk kesihatan.
akan bersambung......
No comments:
Post a Comment