Setelah tiga permohonan diminta oleh rakan sekerja penulis, dukun itu pun lantas beredar daripada sofa beliau menuju ke arah dapur rumah beliau (menuju ke sebuah bilik) untuk seketika dan kembali semula ke sofa beliau dengan membawa kain kuning dan jarum (jarum biasa untuk menjahit baju). Kemudian, dukun itu menerangkan bahawa jika jarum ini menebusi kulit pada dukun itu bermakna kacang tersebut tidak bersetuju dengan permohonan tersebut dan sebaliknya.
Dukun itu pun memberi isyarat dan bertanya kepada rakan sekerja penulis bahawa apakah permohonan rakan sekerja penulis. Rakan sekerja penulis pun menjawab "untuk memberi kekayaan", lantas dukun itu mencucuk lengan kirinya dengan jarum tersebut. Jarum tersebut didapati menebusi kulit dukun itu tetapi tidak berdarah. Lantas dukun itu pun memberi isyarat semula dan rakan sekerja penulis memohon "untuk peniagaan". Sekali lagi dukun itu mencucuk legan kirinya dengan jarum tadi tetapi hasilnya tetap sama iaitu jarum tersebut menembusi kulit dukun itu.
Dan untuk permohonan yang ketiga dan terakhir, rakan sekerja penulis telah memohon "untuk perubatan", lantas sekali lagi dukun itu mencucuk lengan kirinya tetapi kali ini jarum tersebut tidak menebusi kulit lengan dukun itu. Dukun itu berupaya untuk mencucuk jarum di lengan kirinya namun jarum tersebut tidak juga menebusi kulit lengannya (pada ketika itu penulis dan rakan sekerja penulis berasa sangat tergaman).
Dukun itu tidak berasa berpuas hati, dengan menggunakan kedua-dua tangannya, lalu mencucuk jarum tersebut di bahagian depan lehernya dengan sekuat-kuat hatinya (penulis dan rakan sekerja penulis berasa amat terkejut), namun jarum tersebut tidak juga menembusi kulit dukun itu.
Secara tiba-tiba, bekalan elektrik di rumah dukun itu terpadam dan menjadi gelap gelita (penulis merasakan bekalan elektrik terpadam di seluruh kampung itu kerana keadaan adalah amat gelap gelita di dalam mahupun di luar rumah sedangan jarak antara rumah ke rumah adalah amat dekat).
Lebih kurang 20 saat kemudian, bekalan elektrik pun tiba-tiba pulih kembali. Dukun tersebut pun memberitahu bahawa kegunaan kacang tersebut adalah untuk niat perubatan sahaja. Penulis berasa amat hairan kepada keluarga dukun itu di mana kejadian putus bekalan elektrik tadi tidak memberi apa-apa perasaan kepada mereka, mereka terus melakukan aktiviti masing-masing seperti kejadian tersebut adalah perkara yang sudah mereka terbiasa.
Dukun itu pun membalut kacang itu dengan kain berwarna kuning yang dibawanya tadi sambil memberitahu bagaimana menggunakan kacang tersebut untuk perubatan - kacang tersebut perlu direndam di dalam segelas air minum dan diberi minum kepada orang yang sakit samaada sakit biasa ataupun sakit buatan orang. Dukun itu juga memberitahu bahawa kacang tersebut perlulah 'diberi makan' dengan membakar kemeyan setiap bulan.
No comments:
Post a Comment