Ini adalah kisah seorang teman yang baru dikenali di Bintulu, Sarawak. Nama panggilan beliau adalag Neng. Wanita ini bekerja di sebuah syarikat perunding yang terkenal di Sarawak. Seorang juruperunding yang dikategori sangat berdedikasi dan mudah mesra ramai. Beliau sangat cantik walaupun usia sudah lanjut 40-an namum belum mendirikan rumah tangga.
Terus terang Neng adalah rakan sejawat saya… saya baru saja
join company ini 3 bulan.. biasalah syarikat swasta selalunya ada sales-target
setiap bulan… orang baru macam saya ni… hmmmm 1 bulan pun susah mau hit
sales-target… selalu sahaja ditegur dan dimarahi oleh bos… bos pun garang juga…
garang macam harimau kelaparan..
Neng sangat istimewa di company ini.. macam bunga ros gitu…
selalu kembang mekar dan wangi… selalunya dia saja menjadi puji-pujian
oleh bos.. pencapaian outstanding gitu.. malahan menjadi ikon setiap tahun….
Sudah lah lawa…. Pandai pula tu….hmmmm of coz menjadi target cacian...kutukan…gossip oleh kawan-kawan...yang dengki…
Suatu hari saya ditegur oleh bos…agak sakit jugalah
teguran bos tu pada saya.. dah beberapa bulan sudah...performance saya agak
lemah…tidak menunjukkan peningkatan… malah telah diberi warning.. ‘kalau tidak
capai sales-target… next month terpaksalah goreng sotong’….Ugutan sedemikan
membuatkan hati saya amat sakit dan lemah… hmmmm macam mana lah hidup tanpa
kerja sekarang ni… Bintulu semua mahal… mee kolok pun sudah naik harga… sewa
rumah mau dibayar… hmmmm
Sedang saya merenung jauh … tiba-tiba Neng datang jumpa
saya… dia berpesan jangan risau.. malam ni dia mau jumpa di kedai kopitiam 101…
hmm agaknya apa yang dia mahu sampaikan pada saya…? So tanpa berfikir panjang,
saya pun angguk tanda setuju… jumpa saja kan…
Malam tu.. tepat pada masa dan tempat.. kami berjumpa.. dia
berkongsi sesuatu yang menarik kepada saya… dia ingin membantu saya namun
memerlukan pengorbanan untuk mencapai keinginan tersebut… rasa-rasanya apa?...
eya …. Rupa-rupanya Neng ada belaan… belaan sulit yang membantu beliau selama
ini…. Belaan ini perlu makan juga.. sebulan sekali perlu bagi makan ¼ gelas
darah kita… hmmmm banyak tu… tapi bagi Neng amat berbaloi untuk memcapai
kehidupan yang lebih selesa… so I tanpa berfikir secara logik.. akun sajalah… dia
bawa saya salah sebuah kampong asli … jalan highway ke Miri… hmmm kampung
tersebut agak pendalam sedikit… amat menyeramkan dan upacara tersebut pun amat
pelik.. hmmmm biasalah ilmu2 hitam ni memang macam tu… setelah selesai upacara
pengambilan “keluarga” baru tersebut… saya pun balik… pening2 namun tiada apa2
yang aneh berlaku malam tersebut… selang beberapa hari… barulah jelmaan
keluarga baru tersebut timbul…. Aduhai…. Rupanya keluarga baru saya ini adalah
seorang wanita yang telah meninggal akibat kemalangan.. beliau akan menumpang
didalam tubuh saya seketika… akan menjadi kembar sepanjang masa yang
diperlukan… sebagai permanis dan sebagai perangsang… hmmmm
Syukur… sebulan gitu.. bertambah2 rezeki yang telah saya
terima.. sales pun ok … hidup semua ok.. saya pun ikut segala keperluan dan
keinginan beliau…termasuklah keperluan seks… aik hantu pun ada keingian seks….
Betul.. ramai lelaki telah ternoda oleh pujuk rayu saya… oklah.. dapat banyak
hadiah.. dll namun kadang-kadang terasa juga telah melakukan sesuatu yang tidak
betul.. namum apa boleh buat…
Setahun berlalu… Neng jatuh sakit…entah sakit apa.. namun
pertengahan tahun kemudian.. Neng menghilangkan diri.. tidak hadir di pejabat…
dan berterusan sehingga terpaksa diberhentikan.. tidak tahu apa cerita
sebenar.. namun ada orang cerita2 bahawa Neng telah dipinang oleh seorang
lelaki yang sangat kaya.. namun ada juga yang mengatakan bahawa Neng
bersembunyi disebabkan dia tengah sakit kuat.. tidak dipastikan alasan sebenar
sehinggalah dia sendiri berjumpa dengan saya… menasihati saya agar ‘berpisah’
dengan keluarga baru saya.. dengan kadar segera… namun saya enggan.. dan belum
bersedia untuk melepaskan segalanya…
Neng bertukar menjadi wanita yang amat hodoh, kelihatan
sangat tua dan badan beliau berbau seperti bau hanyir ikan…. Walaupun beliau
nyatanya sudah mandi dan bermake-up… mungkin beliau melanggar pantang atau…
Sudah 3 tahun saya menyimpan keluarga baru saya ini… hmmmm
namun belum ada tanda-tanda yang menyebabkan saya bertukar menjadi macam
Neng…walaupun digelar wanita berpuaka… ‘So What?’ … I bahagia… banyak duit…….
Keinsafan belum tersenarai dalam punchlist i… tunggu sajalah bila sudah tiba
masanya…. Ini cerita sebenar saya…