Saturday, November 14, 2015

Rumah Lama

Rumah lama di kampung saya ini dibina pada tahun sekitar 1970-an oleh datuk saya. Kini, rumah tersebut sudah tidak didiami lagi memandangkan anak-anak dan cucu-cucu sudah membina rumah sendiri. Rumah tersebut adalah jenis rumah kayu, bertiang dan agak besar juga (orang dulu-dulu prefer rumah bertiang sebab masa tu hutan masih tebal lagi….elakan binatang seperti ular).


Menurut cerita mulut daripada makcik-makcik, rumah tersebut dibina oleh datuk saya seorangan dalam masa yang singkat….Mau percaya pun susah, tidak percaya pun susah. Menurut cerita lagi, datuk saya ni masa muda-muda ada ‘pegangan’…native people…benda turun-temurun.

Saya pernah tinggal di rumah tersebut semasa kecil bersama makcik (mama tua)…agak lama juga. Ketika itu, saya tidak merasa apa-apa perkara yang mistik atau seram (saya bermata ‘kasar’) tetapi cousin-cousin ada merasai dan melihat perkara-perkara mistik di rumah tersebut.

Setelah makcik saya berpindah rumah, rumah tersebut didiami oleh keluarga pakcik saudara saya. Pada suatu hari, saya mendapat berita bahawa anak sulung pakcik saudara saya telah meniggal dunia. Pada ketika itu, saya sedang belajar di semenanjung. Sejurus itu, pakcik saudara saya berpindah rumah, semenjak itu, rumah tersebut tidak didiami.


Sehingga kini, rumah tersebut tidak didiami dan semakin usang. Ahli keluarga ada cadangan untuk merobohkan rumah tersebut dan digantikan dengan rumah baru tetapi berasa was-was kerana ia adalah rumah pusaka nenek moyang….mesti ada caranya. 

Wednesday, October 28, 2015

Hantu Guling

Ini cerita teman sepejabat... ketika makan tengahari tadi... dia bercerita berkaitan dengan Hantu Guling.. Apa tu hantu guling? ini cerita sebenar.. mungkin ramai telah mendengar dan merasai pengalaman yang sama... 

Kawan saya bernama Wirdinasigh.. nama dia lain sikit.. tapi orangnya sangat cantik. Dia telah menceritakan pengalaman keluarga beliau ketika memandu dari Miri ke Bintulu.. perjalanan dari Miri ke Bintulu mengambil masa kira-kira 2 jam... jalan sangat gelap.. dan kiri dan kanan adalah hutan.. tidak selamat untuk driving pada waktu malam. 


Sekadar gambar hiasan

Suatu ketika itu.. last year .. kerana ada urusan yang mustahak.. terpaksalah sekeluarga ini datang ke Bintulu pada waktu malam.. Si Ayah memandu...kira-kira jam 11malam.... tiba-tiba sedang siok memandu.. cermin side kereta (sebelah kanan) terlihat sesuatu di tepi jalan.. macam berguling-guling.. objek berwarna putih... bergolek2 sangat laju bagaikan mengejar kereta mereka... si Ayah ni terkejut.. dibangunkan seluruh ahli keluarga yang ada di dalam kereta... mereka semua nampak objek berkenaan... si Ayah memecut kereta.. selajunya.. objek tersebut masih juga bergolek2 dengan laju... diteliti dengan rapi.... objek berkenaan bagaikan jenazah yang dikapankan..huh! amat seram ..... setelah beberapa ketika... seisi keluarga di dalam kereta berdoa untuk dilindungi.. dan akhirnya objek tersebut hilang dari pandangan..... 

Rupa2nya.. kejadian yang sama kerapkali berlaku di kawasan tersebut..... nasihat kepada para pembaca.. janganlah drive pada waktu malam di kawasan2 yang keras ni.. 

Tuesday, October 27, 2015

Wanita Berpuaka


Ini adalah kisah seorang teman yang baru dikenali di Bintulu, Sarawak. Nama panggilan beliau adalag Neng. Wanita ini bekerja di sebuah syarikat perunding yang terkenal di Sarawak. Seorang juruperunding yang dikategori sangat berdedikasi dan mudah mesra ramai. Beliau sangat cantik walaupun usia sudah lanjut 40-an namum belum mendirikan rumah tangga.

Terus terang Neng adalah rakan sejawat saya… saya baru saja join company ini 3 bulan.. biasalah syarikat swasta selalunya ada sales-target setiap bulan… orang baru macam saya ni… hmmmm 1 bulan pun susah mau hit sales-target… selalu sahaja ditegur dan dimarahi oleh bos… bos pun garang juga… garang macam harimau kelaparan..

Neng sangat istimewa di company ini.. macam bunga ros gitu… selalu kembang mekar dan wangi… selalunya dia saja menjadi puji-pujian oleh bos.. pencapaian outstanding gitu.. malahan menjadi ikon setiap tahun…. Sudah lah lawa…. Pandai pula tu….hmmmm of coz menjadi target cacian...kutukan…gossip oleh kawan-kawan...yang dengki…

Suatu hari saya ditegur oleh bos…agak sakit jugalah teguran bos tu pada saya.. dah beberapa bulan sudah...performance saya agak lemah…tidak menunjukkan peningkatan… malah telah diberi warning.. ‘kalau tidak capai sales-target… next month terpaksalah goreng sotong’….Ugutan sedemikan membuatkan hati saya amat sakit dan lemah… hmmmm macam mana lah hidup tanpa kerja sekarang ni… Bintulu semua mahal… mee kolok pun sudah naik harga… sewa rumah mau dibayar… hmmmm

Sedang saya merenung jauh … tiba-tiba Neng datang jumpa saya… dia berpesan jangan risau.. malam ni dia mau jumpa di kedai kopitiam 101… hmm agaknya apa yang dia mahu sampaikan pada saya…? So tanpa berfikir panjang, saya pun angguk tanda setuju… jumpa saja kan…

Malam tu.. tepat pada masa dan tempat.. kami berjumpa.. dia berkongsi sesuatu yang menarik kepada saya… dia ingin membantu saya namun memerlukan pengorbanan untuk mencapai keinginan tersebut… rasa-rasanya apa?... eya …. Rupa-rupanya Neng ada belaan… belaan sulit yang membantu beliau selama ini…. Belaan ini perlu makan juga.. sebulan sekali perlu bagi makan ¼ gelas darah kita… hmmmm banyak tu… tapi bagi Neng amat berbaloi untuk memcapai kehidupan yang lebih selesa… so I tanpa berfikir secara logik.. akun sajalah… dia bawa saya salah sebuah kampong asli … jalan highway ke Miri… hmmm kampung tersebut agak pendalam sedikit… amat menyeramkan dan upacara tersebut pun amat pelik.. hmmmm biasalah ilmu2 hitam ni memang macam tu… setelah selesai upacara pengambilan “keluarga” baru tersebut… saya pun balik… pening2 namun tiada apa2 yang aneh berlaku malam tersebut… selang beberapa hari… barulah jelmaan keluarga baru tersebut timbul…. Aduhai…. Rupanya keluarga baru saya ini adalah seorang wanita yang telah meninggal akibat kemalangan.. beliau akan menumpang didalam tubuh saya seketika… akan menjadi kembar sepanjang masa yang diperlukan… sebagai permanis dan sebagai perangsang… hmmmm

Syukur… sebulan gitu.. bertambah2 rezeki yang telah saya terima.. sales pun ok … hidup semua ok.. saya pun ikut segala keperluan dan keinginan beliau…termasuklah keperluan seks… aik hantu pun ada keingian seks…. Betul.. ramai lelaki telah ternoda oleh pujuk rayu saya… oklah.. dapat banyak hadiah.. dll namun kadang-kadang terasa juga telah melakukan sesuatu yang tidak betul.. namum apa boleh buat…

Setahun berlalu… Neng jatuh sakit…entah sakit apa.. namun pertengahan tahun kemudian.. Neng menghilangkan diri.. tidak hadir di pejabat… dan berterusan sehingga terpaksa diberhentikan.. tidak tahu apa cerita sebenar.. namun ada orang cerita2 bahawa Neng telah dipinang oleh seorang lelaki yang sangat kaya.. namun ada juga yang mengatakan bahawa Neng bersembunyi disebabkan dia tengah sakit kuat.. tidak dipastikan alasan sebenar sehinggalah dia sendiri berjumpa dengan saya… menasihati saya agar ‘berpisah’ dengan keluarga baru saya.. dengan kadar segera… namun saya enggan.. dan belum bersedia untuk melepaskan segalanya…

Neng bertukar menjadi wanita yang amat hodoh, kelihatan sangat tua dan badan beliau berbau seperti bau hanyir ikan…. Walaupun beliau nyatanya sudah mandi dan bermake-up… mungkin beliau melanggar pantang atau…

Sudah 3 tahun saya menyimpan keluarga baru saya ini… hmmmm namun belum ada tanda-tanda yang menyebabkan saya bertukar menjadi macam Neng…walaupun digelar wanita berpuaka… ‘So What?’ … I bahagia… banyak duit……. Keinsafan belum tersenarai dalam punchlist i… tunggu sajalah bila sudah tiba masanya…. Ini cerita sebenar saya…

Monday, October 19, 2015

Kerana Susuk Aku Menderita.......Si Gadis Tuaran

Mau cantik… mau menggoda.. mau yang terbaik… mau segala-galanya…. Impian gadis kampung yang tidak punyai apa-apa menjadi realiti apabila tergoda dengan ajakan kawan untuk mencapai segalanya dengan mudah…. Susuk!!!

Ia bermula pada tahun 2003, apabila aku melawati kawan serumah di hospital kerajaan di Perlis.. waktu masih dalam tahun 2 universiti…. Kawan serumah telah dijangkiti demam denggi.. terpaksalah aku ulang-alik melawat dan menghantar makanan di hospital… selama 2 minggu... bagi kawan tu kenyang makan dan hantar baju bersih bagi dengan dia tiap-tiap hari…




Terdapat seorang nenek tua yang tidur bersebelahan dengan katil si kawan ni…. Yang amat kecian rupanya…. Tiada saudara mara datang melawat.. (mungkin memang dia tiada saudara)… selalu tengok2 makanan yang saya hantar pada si kawan ni… oleh kerana perasaan kecian pada nenek ni… saya pun adakalanya membantu beliau tukarkan baju. Belikan makanan dan buat milo panas pada beliau.. dia selalu tersenyum dan ramah orangnya…. Oklah.. saya orang sabah… teda keluarga di tanah malaya ni.. jadi adalah sikit-sikit timbul perasaan kasih sayang pada nenek tua tu…

Pada hari terakhir , si kawan ni mau discharged.. nenek tu panggil saya… hmmm berdebar-debar juga sebab macam lain saja bah muka dia.. macam ada sesuatu.. dalam hati kalau dia mau pinjam duit… mana lah saya ada .. adapun tinggal RM8 saja.. tu pun untuk belanja makan 2 hari punya…. So.. saya datanglah sama dia… dia berbisik pada saya… dia bagitau yang dia amat bersyukur dan berterima kasih atas layanan dan bantuan yang telah saya berikan selama saya melawat si kawan yang kana jangkit denggi tu… saya cakaplah… ‘tida apa2 bah tu, saya ikhlas bantu sama nenek.’ Dia menawarkan hadiah yang amat bernilai bagi seorang wanita…. Apa saja buli minta dan buli jadi kenyataan..(dia cakap). Namun saya waktu tu keliru… apa bah tu … dia cakap… dia cakap mau kasi bagi hadiah… jarum emas dimasukkan di muka.. untuk jadi cantik dan menggoda.. supaya ramai lelaki suka… saya keliru sedikit sebab tidak pernah mendengar ada jarum emas sepanjang hidup saya… itu nenek.. beli milo pun susah.. ada simpanan jarum emas.. bagus dia bagi sama saya.. saya kasi gadai sana kadai cina… namun saya menolak dengan baik… sebab rasanya saya tidak memerlukan jarum emas pada waktu ini… kunun2 lah…
Namun selepas tamat pengajian di universiti.. mencari pekerjaan amat payah.. sudah banyak interview saya pergi.. semuanya tidak sangkut… pointer pun ok bah… ada juga rupa sikit.. ganas pun ada juga… bukan macam rupa ayam mati pun… namun still tidak dapat cari kerja…. Kawan-kawan sudah pakai kereta kancil.. saya masih tinggal di rumah sewa ..(sewa bilik saja RM300/bulan)… duit simpanan PTPTN yang saya kumpul2 dan duit kerja sampingan di gerai makan (masa dulu2 sekolah di U) pun sudah mau habis… kena cari kerja juga… sehinggalah terjumpa kawan lama di universiti dulu.. terjumpa di Jalan Masjid Jamek Kuala Lumpur… si Sarah bah nama dia…. Dia kelihatan sangat cantik dan muka dia macam ada spotlight ni.. kira sangat ummhh lah… dia kecian nampak saya.. mungkin kening saya sudah bersambung macam orang utan.. dan bulu hidung ada terkeluar sedikit… dia pelawa lah saya makan tengahari.. sembang2 dan saya pun meluahkan perasaan sedih dan kesusahan saya kepada beliau.. sehinggalah beliau mensyorkan saya untuk mendapatkan bantuan susuk… dia sponsor!

Kerana terdesak... saya ikut sajalah... pengalaman susuk ni bukanlah menakutkan... sekejap sahaja .. tidak sampai pun 1 minit... kena baca2 da gosok2 dimuka.. tiada pun rasa apa2 waktu itu.. masih saya ingat lagi seorang lelaki jawa berumur awal 40an yang pakaikan dimuka saya... ada beberapa pantang yang perlu saya patuhi.. termasuklah tidak boleh makan ikan tidak bersisik... tidak boleh melalui jemuran kain.. tidak boleh itu dan ini...........rasanya macam ok saja lah tu pantang....

Memang betul keajaiban susuk ni.. selang seminggu saya sudah mendapat pekerjaan... ramai kawan dan ramai juga teman-teman lelaki yang sanggup belanja nasi campur hari-hari untuk saya... namun bukan seindah mana susuk ni.... selepas 3 bulan... tepat!... banyak mimpi2 ngeri saya alami.. termasuklah jelmaan-jelmaan lembaga lelaki yang selalu mengganggu tidur saya... malam-malam .. jelmaan tersebut cuba untuk menodai saya... hmmm betul... macam dia mau bermesra dengan saya.... lain rasanya..... kerana tidak tahan saya pergi berjumpa dengan pakcik jawa tu... bertanyakan .. kenapa hal itu boleh terjadi... semua pantang saya patuhi...... mat jawa tu senyum2 bagitau pada saya.... jelmaan lembaga tu adalah penunggu susuk tu... mau dibagi makan.. mau disayang.... aduhai... sedih pilu... terasa dihati.. mau dibuang sayang... mau dibagi makan.. disayang... pakai apa?.........menyesal pun ada.... marah pun ada... terpaksa lah mengikut perintah si pakcik jawa tu...selama 3 tahun... saya pelihara susuk yang ada....sudah sebati dalam badan... ada rumah sudah... kereta sudah...macam semua sudah teratur... tiba masanya mau pergi buang susuk tersebut.. malangnya pakcik jawa tu sudah pulanng indon... susuk masih ada dimuka... ramai yang cakap hanya pemasang susuk sahaja boleh membuang susuk yang telah dipasang.. matilahhhhhhhhh

Tahun 2009.. saya nekad.. balik sabah.. balik Tuaran... cari tu bomoh timor di sana kampung dekat2 bundung... ada bomoh timor yang pandai2 .... usaha membawa berkat... susuk yang dipasang dimuka telah dibuang... jarum2 yang dulunya macam emas.. bila dikeluarkan menjadi jarum yang berkarat...cissssss...... selepas 7 hari, muka saya kelihatan sedikit ‘jatuh’ namun saya redha... muka original....pengalaman susuk ni.. tidak seindah mana rupanya....

Jika sesiapa yang ingin menjadi kaya cepat.. silakan pakai susuk... bagus... namun adjust2 lah tempoh bila mau dibuka semula.. jangan jadikan ianya kekal di badan kita.. pengalaman yang saya ada.. cukuplah.... saya tidak mau lagi....... 

Sunday, October 18, 2015

Pontianak...Dirumahku

Pontianak… dirumahku…

Cerita ini terjadi sekitar tahun 2010.. I baru beli rumah secondhand di kuala lumpur.. Rumah tersebut terletak di Bukit OUG KL… sebuah townhouse.. agak murah dijual oleh agen daripada market price… I mula berpindah ke rumah tersebut 3 hari selepas tandatangan agreement pembelian.. waktu tu.. rumah tersebut kosong.. dan mengambil masa yang agak lama untuk membeli perabot dan barang-barang elektrik..selepas beberapa bulan.. rumah I dah lengkap dengan perabout.. rumah townhouse ada 3 bilik dan 2 bilik air.. agak besar bagi seorang perempuan muda…

Semasa ‘house warming ‘Kawan-kawan datang melihat rumah saya.. ramai yang datang dengan hadiah.. seorang kawang telah menghadiah kan saya sepohon pokok renek… agak cantik jika di simpan di belakang halaman rumah… namum.. sejak pokok tersebut ada di rumah… banyak kejadian aneh terjadi.. namun saya tidak rasainya seperti dirasai oleh arwah adik lelaki saya…

POKOK LANGSUIR JANGAN DITANAM DI HALAMAN RUMAH. | AKU ANAK PAHANG

Pokok macam ni lah yang saya dapat..... rupa-rupanya.. pokok ini ada penghuni nya juga...

Dia pernah beritahu saya bahawa.. semasa dia bersendirian di rumah… terdapat seorang wanita sedang duduk di sofa sambil merenung TV yang tidak terpasang pun… kejadian tersebut terjadi semasa selepas waktu magrib… wanita tersebut memakai baju putih dan berambut panjang… namun tidak kelihatan wajahnya.. pernah sekali juga dia mengajak kawannya datang ke rumah untuk menemani beliau di rumah semasa saya ‘outstation’…. Kawannya memaklumkan bahawa semasa beliau pergi tandas.. ada seorang wanita bersama dengan dia di dalam tandas.. dan kejadian tersebut amat menakutkan… hmmm  sampai dia tidak dapat berkata apa-apa dan bergegas untuk keluar dari rumah dengan kadar segera..

Hmmmm namum ianya masih tidak mengganggu kehidupan harian saya. Sbb saya tidak pernah melihat kelibat tersebut.. sehinggalah suatu ketika.. mybf ( sekarang suami dah) dan arwah suami mendengar sendiri rintihan tangisan wanita tersebut di rumah saya sendiri…(waktu tu saya tengah tidur macam badak di bilik atas) …time tu kira-kira jam 11.40pm…. mereka bergegas keluar rumah meninggalkan saya di rumah bersendirian.. cisss.. apa punya jantan.. penakut!.. namun saya tidak sedar sehinggalah mereka masuk ke rumah semula dan memaklumkan kepada saya.. well .. masa I dah terjaga.. bunyi2 tersebut sudah tiada..

Keesokkan pagi.. saya terus mengambil segengam garam dan meletakkannya di akar pokok tersebut … selang sejam.. saya terus membawa pokok tersebut dibuang di dalam hutan yang berdekatan… sejak kejadian tersebut… tiada lagi kejadian aneh di rumah…. Bagi saya.. tindakan menghantar pokok tersebut di kawasan baru… adalah tindakan yang bijak…

But now, saya telah berpindah.. harap-harap penyewa rumah tersebut tidak mengalami kejadian yang aneh di sana…

Saka!!!! Di Dalam Kehidupanku

Saka!!!!! Di dalam kehidupanku…

Saka…. Pelbagai jenis saka… ada yang diwarisi sejak keturunan yang lalu.. ada juga saka yang dibeli di pasar-pasar bomoh/pawang gelap di hujung kampung … pendek kata saka boleh didapati di mana-mana… Saya adalah warisan ketiga dari keluarga yang memiliki saka sejak keturunan nenek saya lagi… nenek saya adalah beragama pagan(tiada agama).. dan seluruh adik-beradik kami mempunyai saka yang tersendiri… malangnya diri saya sendiri.. memiliki 3 saka yang sudah mendiami kehidupan kanak-kanak sehinggalah berkeluarga…

Dengan sedaya upaya usaha saya untuk membuang saka yang ada di badan ini.. namun agak sukar disebabkan ianya telah sebati dalam kehidupan harian saya…tanpa saka di dalam badan ini, badan mudah rapuh … sentiasa sakit dan tidak bermaya… pendek kata .. saka yang ada di badan ni.. bagaikan vitamin C.. Botox… etc kepada saya… well what can I say… now.. ianya apart of my life… kadang-kadang orang tua2 yang pandai ‘nampak’ akan memandang sinis kepada saya… nak buat macam mana lagi…

Saya percaya … setiap saka yang diberikan kepada saya mempunyai fungsi dan kebaikan ianya sendiri.. namum agak payah untuk menjaga mereka… perlu bagi ‘makan’ juga… namun saya amat berterima kasih kerana suami sentiasa memahami keadaan saya... saya tidak pernah bersendirian.. walaupun berjauhan dengan suami… sentiasa terasa ada seseorang bersama.. tidur dan makan bersama.. sentiasa terasa hangat walaupun bersendirian….well itulah kelebihan saka yang ada pada diri saya… sometimes… saka tersebut akan tidur bersama-sama dengan saya dan suami… hmmmmmm mcm ‘threesome’ pula… namum… suami pandai menghalau dia keluar dari rumah especially pada waktu malam… my husband  tidak dapat melihat… namun merasai kehadirannya… mungkin kehidupan ini agak pelik… namun bagi saya… inilah kehidupan ku… I bahagia ketika ini…..

Inilah cerita kehidupan ku… me..my husband and my saka …. 

Kacang Batu (Episod 2)

Setelah tiga permohonan diminta oleh rakan sekerja penulis, dukun itu pun lantas beredar daripada sofa beliau menuju ke arah dapur rumah beliau (menuju ke sebuah bilik) untuk seketika dan kembali semula ke sofa beliau dengan membawa kain kuning dan jarum (jarum biasa untuk menjahit baju). Kemudian, dukun itu menerangkan bahawa jika jarum ini menebusi kulit pada dukun itu bermakna kacang tersebut tidak bersetuju dengan permohonan tersebut dan sebaliknya. 

Dukun itu pun memberi isyarat dan bertanya kepada rakan sekerja penulis bahawa apakah permohonan rakan sekerja penulis. Rakan sekerja penulis pun menjawab "untuk memberi kekayaan", lantas dukun itu mencucuk lengan kirinya dengan jarum tersebut. Jarum tersebut didapati menebusi kulit dukun itu tetapi tidak berdarah. Lantas dukun itu pun memberi isyarat semula dan rakan sekerja penulis memohon "untuk peniagaan". Sekali lagi dukun itu mencucuk legan kirinya dengan jarum tadi tetapi hasilnya tetap sama iaitu jarum tersebut menembusi kulit dukun itu.

Dan untuk permohonan yang ketiga dan terakhir, rakan sekerja penulis telah memohon "untuk perubatan", lantas sekali lagi dukun itu mencucuk lengan kirinya tetapi kali ini jarum tersebut tidak menebusi kulit lengan dukun itu. Dukun itu berupaya untuk mencucuk jarum di lengan kirinya namun jarum tersebut tidak juga menebusi kulit lengannya (pada ketika itu penulis dan rakan sekerja penulis berasa sangat tergaman).

Dukun itu tidak berasa berpuas hati, dengan menggunakan kedua-dua tangannya, lalu mencucuk jarum tersebut di bahagian depan lehernya dengan sekuat-kuat hatinya (penulis dan rakan sekerja penulis berasa amat terkejut), namun jarum tersebut tidak juga menembusi kulit dukun itu. 

Secara tiba-tiba, bekalan elektrik di rumah dukun itu terpadam dan menjadi gelap gelita (penulis merasakan bekalan elektrik terpadam di seluruh kampung itu kerana keadaan adalah amat gelap gelita di dalam mahupun di luar rumah sedangan jarak antara rumah ke rumah adalah amat dekat). 

Lebih kurang 20 saat kemudian, bekalan elektrik pun tiba-tiba pulih kembali. Dukun tersebut pun memberitahu bahawa kegunaan kacang tersebut adalah untuk niat perubatan sahaja. Penulis berasa amat hairan kepada keluarga dukun itu di mana kejadian putus bekalan elektrik tadi tidak memberi apa-apa perasaan kepada mereka, mereka terus melakukan aktiviti masing-masing seperti kejadian tersebut adalah perkara yang sudah mereka terbiasa.

Dukun itu pun membalut kacang itu dengan kain berwarna kuning yang dibawanya tadi sambil memberitahu bagaimana menggunakan kacang tersebut untuk perubatan - kacang tersebut perlu direndam di dalam segelas air minum dan diberi minum kepada orang yang sakit samaada sakit biasa ataupun sakit buatan orang. Dukun itu juga memberitahu bahawa kacang tersebut perlulah 'diberi makan' dengan membakar kemeyan setiap bulan.