Saturday, November 14, 2015

Rumah Lama

Rumah lama di kampung saya ini dibina pada tahun sekitar 1970-an oleh datuk saya. Kini, rumah tersebut sudah tidak didiami lagi memandangkan anak-anak dan cucu-cucu sudah membina rumah sendiri. Rumah tersebut adalah jenis rumah kayu, bertiang dan agak besar juga (orang dulu-dulu prefer rumah bertiang sebab masa tu hutan masih tebal lagi….elakan binatang seperti ular).


Menurut cerita mulut daripada makcik-makcik, rumah tersebut dibina oleh datuk saya seorangan dalam masa yang singkat….Mau percaya pun susah, tidak percaya pun susah. Menurut cerita lagi, datuk saya ni masa muda-muda ada ‘pegangan’…native people…benda turun-temurun.

Saya pernah tinggal di rumah tersebut semasa kecil bersama makcik (mama tua)…agak lama juga. Ketika itu, saya tidak merasa apa-apa perkara yang mistik atau seram (saya bermata ‘kasar’) tetapi cousin-cousin ada merasai dan melihat perkara-perkara mistik di rumah tersebut.

Setelah makcik saya berpindah rumah, rumah tersebut didiami oleh keluarga pakcik saudara saya. Pada suatu hari, saya mendapat berita bahawa anak sulung pakcik saudara saya telah meniggal dunia. Pada ketika itu, saya sedang belajar di semenanjung. Sejurus itu, pakcik saudara saya berpindah rumah, semenjak itu, rumah tersebut tidak didiami.


Sehingga kini, rumah tersebut tidak didiami dan semakin usang. Ahli keluarga ada cadangan untuk merobohkan rumah tersebut dan digantikan dengan rumah baru tetapi berasa was-was kerana ia adalah rumah pusaka nenek moyang….mesti ada caranya.